CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 20 Mac 2009

Peranan teknologi dalam pekerjaan dan kesannya ke atas generasi akan datang

Teknologi memainkan peranan penting dalam pekerjaan dan memberi kesan ke atas generasi akan datang. Malah, menunjukkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan sangat menitikberatkan inovasi dalam membawa arus pemodenan dalam pendekatan yang lebih sistematik dan tersusun. Oleh hal yang demikian, menurut Castells tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Dalam pada itu, untuk sesetengah pekerjaan yang dianggap semakin tidak penting walaupun terdapat pekerjaan baru yang kian meningkat. Namun demikian, kuantiti hubungan di antara kerugian dan keuntungan tersebut adalah berbeza di antara firma, industri, sektor, wilayah dan negara. Hal ini, ianya bergantung kepada keupayaan daya saing, strategi firma, dasar kerajaan, persekitaran institusi dan kedudukan relatif dalam ekonomi global. Bagi menstukturkan semula kepercayaan dalam membuat keputusan yang lebih efektif dimana setiap pengguna perlu mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Bidang teknologi memberi peluang yang cerah dalam menimba pelbagai pengetahuan yang lebih berguna pada masa hadapan dimana generasi akan datang lebih berinformasi serta mengekalkan tahap hubungan yang lebih baik di antara semua pihak yang berkaitan dengannya.

Dalam pada itu, menurut Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), pada awal abad ke-21 telah dijangkakan akan terdapat peningkatan pekerjaan bagi negara-negara tersebut di negara Amerika Syarikat dimana pada tahun 1992-2005, akan mengalami peningkatan pekerjaan bersih 24 juta (peningkatan 19% sepanjang tempoh), Jepun, 4 juta(peningkatan 6%), dan Kesatuan Eropah lebih kurang 10 juta(peningkatan 6-7%). Namun unjuran ini, adalah amat sensitif kepada kepelbagaian dalam andaian yang digunakan. Hal ini, evolusi tahap pekerjaan tidak diberikan kerana ianya amat bergantung kepada tahap penggunaan teknologi tersebut oleh masyarakat, atas dasar penghijrahan, evolusi keluarga, pengagihan tempoh pekerjaan dalam hidup dan sistem baru dalam perhubungan industri. Justeru itu, teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walapun ia secara nyatanya mengurangkan tempoh kerja per unit pengeluaran.


Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa ianya akan membawa kepada pengasingan jenis pekerjaan yang lebih nyata terutamanya pekerjaan yang berkaitan dengan maklumat dan pekerjaan yang tidak nyata. Oleh itu, perlu menyimbangi penggunaan pekerjaan dalam membentuk setiap urusan dalam pekerjaan lebih bermutu serta berkualiti mengikut jenis pekerjaan tersebut. Malah, sentiasa mengaptasikan pembaharuan teknologi dalam bidang pekerjaan. Disamping itu juga, dapat mengurangkan pengangguran di kalangan siswazah dan memberi peluang yang cerah dalam membuka setiap peluang kepada golongan ini supaya lebih berminat untuk menceburi bidang teknologi. Pendekatan ini lebih efektif untuk menjayakan seruan dimana untuk menggalakkan semua pihak yang terlibat supaya memasuki bidang teknologi dalam pekerjaan. Menurut DATUK DR. MAXIMUS J. ONGKILI, kehadiran teknologi dalam pekerjaan khususnya dalam tempat-tempat yang kurang maju seperti negeri Sabah, untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri Sabah, menggalakkan pembangunan wilayah yang seimbang, mengurangkan jurang perbezaan pembangunan bandar dan luar bandar serta memastikan pengurusan hasil kekayaan negeri yang lebih bijak dan sistematik.


Penggunaan teknologi dalam pekerjaan juga, menjuruskan urusan-urusan pengeluaran dan pemasaran secara elektronik dengan penjimatan-penjimatan kos melalui Pesanan-Pesanan Elektronik dalam E-dagang dan Pengeluaran Just-in-Time. Manakala, dalam proses globalisasi telah menukar kepada pendekatan-pendekatan pengeluaran, serta penggabungan-penggabungan di antara syarikat dan industri. Antaranya, adalah seperti di dalam industri otomotif dunia, dan membuat peenukaran dalam konsep pengeluaran. Kini, syarikat-syarikat melihat dunia sebagai lokasi pengeluaran, dengan membuat pemilihan satu tapak yang bersesuaian dengan tahap serta bentuk daya saing dan kosnya. Oleh itu, Malaysia dipilih sebagai tapak Operasi Perkilangan yang berasaskan sumber dan nilai tambah yang tinggi. Sebagai contohnya, di negeri China menjadi lokasi pilihan untuk pengeluaran intensif buruh. Hal ini kerana, di China sangat sesuai untuk menempatkan sebuah lokasi yang strategik untuk intensif buruh.


Teknologi yang relevan boleh memberikan impak positif jika digunakan dalam sesebuah perniagaan. Selain itu, ianya menjadi komponen yang penting dalam perniagaan dimana setiap perhubungan adalah harmoni di antara teknologi dan perniagaan yang harus diwujudkan. Malah, jika penggunaan teknologi diabaikan, perniagaan akan hilang daya saing samada di peringkat tempatan mahupun peringkat global. Dalam mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai penggunaan teknologi dalam perniagaan perlu bijak untuk mendapatkan sebarang maklumat penting tentang pekerjaan tersebut. Tambahan pula, teknologi kini terdapat banyak informasi yang membolehkan pengguna untuk berusaha dengan merebut peluang yang ada. Hal ini, membawa kepada adaptasi pembaharuan yang lebih berkesan dan memberi cenderung dalam mendapatkan impak yang positif dimana sesebuah perniagaan atau pekerjaan sangat mementingkan perubahan secara cepat dan pantas.

Manakala, bagi pandangan Dr. Martin Berlin iaitu Pengurus Pengambilan, McKinsey & Company (Malaysia), bahawa teknologi yang diterapkan dalam pelbagai bidang perniagaan seperti telekomunikasi, peruncitan, broker saham, kewangan dan sebagainya adalah untuk tujuan kebaikan. Malah, bidang teknologi akan terus menjadi sebahagian atau komponen dalam pelbagai jenis perniagaan mahupun pekerjaan. Terdapat banyak pembangunan teknologi sejak kebelakangan ini dimana ianya dibiayai oleh pemodal teroka. Sumbangan ini, dapat menarik lebih ramai peneroka untuk menceburi dalam bidang teknologi dalam pekerjaan. Penglibatan yang lebih banyak dalam bidang ini akan membantu dalam generasi akan datang mengenai keberkesanan dalam pemulihan teknologi dari semasa ke semasa. Teknologi ini sangat memainkan peranan dalam membentuk haluan yang berstruktur untuk menjadikan lebih kreatif untuk generasi pada masa hadapan. Generasi akan datang akan membentuk satu lagi inovasi yang lebih baik bagi memperluaskan usul yang telah dibawa oleh kini hingga seterusnya. Walaubagaimanapun, terdapat kesan positif mahupun sebaliknya dalam mencapai tahap yang lebih efisyen dalam kerjaya berdasarkan teknologi dalam pekerjaan. Pencapaiannya, perlu fokus seiring dengan pemodenan yang global serta setaraf di semua peringkat untuk menjayakan program ini supaya mendapat kesan yang seimbang di antara satu sama lain.


Justeru itu, realiti kejayaan sesebuah perniagaan tidak tertakluk kepada teknologi semata-mata. Hal ini, dapat dilihat dimana usaha seseorang itu penting dalam mencapai sasaran yang tersendiri dan mencapai objektif berdasarkan motif yang utama. Bagi pandangan Ramesh, dimana syarikat perlu mengetahui asas perniagaan yang baik untuk mengenalpasti ekonomi baru kerana model perniagaan yang baik adalah dari segi kewangan untuk mendapat keuntungan. Dalam pada itu, teknologi pada asasnya hanya membantu pengusaha untuk mengenalpasti model dimana kenyataan bahawa perniagaan perlu asas dan model yang baik. Sebagai contohnya, model terbaru seperti 'brick and click' sekali pun perlu asas perniagaan yang baik untuk dijalankan. Jika tiada model perniagaan yang baik untuk digabungkan dengan inovasi dan teknologi pintar, maka perniagaan itu tidak akan berjaya. Selain itu, kehadiran teknologi dalam pekerjaan akan meminggirkan beberapa pekerjaan yang menggunakan modal insan. Malah, pekerjaan-pekerjaan tersebut akan digantikan dengan penggunaan mesin atau jentera yang berinovasikan teknologi canggih. Oleh itu, teknologi dalam pekerjaaan memainkan peranan penting dan memberi kesan ke atas generasi pada masa hadapan dimana penggunaan teknologi akan memberi impak yang positif mahuapun negatif kepada penggunaan sekiranya tidak menilai dengan baik. Malah, perlu mengimbangi secara keseluruhan tentang komponen dalam setiap sudut mengenai kemampuan teknologi dalam pekerjaan.

Rabu, 18 Mac 2009

Teknologi, pekerjaan dan wanita



Apabila menyebut mengenai soal teknologi, semua orang menyedari bahawa teknologi sering berubah dari semasa ke semasa megikut peredaran waktu. Perubahan teknologi yang berlaku termasuklah perubahan dari segi teknologi maklumat, teknologi komunikasi dan teknologi mesin-mesin. Justeru, sebagai seorang pekerja mahu atau tidak mahu kita perlu mengetahui mengenai teknologi tersebut agar kita tidak ketinggalan ke belakang. Lagipula, majikan pastinya memerlukan tenaga pekerja yang memerlukan penggunaan teknologi yang tertentu dalam sektor pekerjaan tersebut.
Kini wanita memainkan peranan yang penting seiring dengan kaum lelaki dalam menyumbang tenaga, kemahiran, dan kepakaran dalam bidang pekerjaan bagi membantu meningkatkan ekonomi negara. Buat masa ini, mereka merupakan satu pertiga daripada jumlah tenaga buruh. Dari segi penyertaan buruh, penyertaan wanita meningkat dari 37.2 peratus dalam tahun 1970 kepada 46.7 peratus dalam tahun 1990 Wanita kini amat berbeza daripada wanita zaman dahulu di mana rata-rata wanita pada hari ini mempunyai latar pendidikan yang baik bahkan lebih daripada kaum lelaki.
Seharusnya wanita-wanita yang berpelajaran ataupun tidak pelu tahu menggunakan teknologi yang sedia ada supaya tidak ketinggalan ke belakang dan sentiasa berada di depan seiring dengan kaum adam. Justeru, wanita perlulah menjadi seorang individu yang celik maklumat. Apabila seseorang wanita celik maklumat maka mereka boleh bersaing dalam pasaran kerja. Misalnya, jika seseorang wanita itu tahu menggunakan internet, maka teknologi komunikasi ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dengan sebaiknya. Antaranya mereka dapat memperoleh maklumat atau informasi yang lebih berbanding wanita yang tidak tahu menggunakan teknologi maklumat ini. Segala isu semasa yang berlaku pastinya dapat diikuti dengan baik. Ini kerana tidak semua yang dikeluarkan dari internet itu dipaparkan dalam media massa. Selain itu, pencarian maklumat dapat di cari dengan kadar yang cepat. Namun wanita tersebut perlu bijak menilai kualiti maklumat yang dicari atau diperolehi melalui internet.
Ini bermakna, sekalipun seseorang wanita itu berpelajaran tinggi namun jika mereka tidak tahu menggunakan teknologi maklumat maka sedikit sebanyak ia akan memberi masalah. Ini kerana sektor pekerjaan pada hari ini bergantung kepada teknologi maklumat seperti komputer untuk menyiapkan segala kerja. Dipetik dari laman web (http://www.hbp.usm.my/methods/) yang ditulis oleh Ho Lip Wah menyatakan untuk hidup dalam zaman teknologi maklumat, jika seseorang tidak ingin dilihat sebagai seorang yang ketinggalan zaman maka seseorang perlu celik maklumat dan mempunyai kemahiran asas sekurang-kurangnya untuk mengikuti perkembangan semasa. Bayangkanlah betapa tidak sesuai sekiranya seseorang cuba bersaing dalam dunia perdagangan pada tahun 2020 dengan menggunakan komputer Pentium 3(diubah daripada Robins, 1987). Oleh itu, wanita perlu peka dengan dengan keadaan semasa mengenai penggunaan teknologi maklumat ini agar ia sesuai dengan kedaan semasa. Jika kita lihat, kaum wanita merupakan hampir dari separuh penduduk-penduduk di mana-mana negara namun masih dianggap sebagai kumpulan minoriti. Seharusnya kaum hawa di Malaysia perlu berasa bersyukur kerana wanita masih diberi peluang bekerja di mana-mana tempat cuma peluang itu tidaklah terbuka luas.
Memetik dari sumber internet yang lain (http://wangikl.utm.my/portal) yang bertajuk wanita dan teknologi menyatakan dalam era maklumat, apa yang diutamakan ialah kekuatan intelek. Kita dapat melihat situasi di mana banyak wanita merebut peluang dalam perkembangan IT untuk merealisasikan potensi. Ramai di kalangan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi sehingga menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Mereka menggunakan peluang itu untuk mencetuskan perubahan lain yang menguntungkan wanita sendiri. Sehubungan itu, teknologi komputer dalam era maklumat mempunyai kesan empowerment yang luar biasa dalam meningkatkan produktiviti, lantas menaikkan status wanita. Ini bermaksud, ramai wanita kini telah menceburkan diri dalam dunia pekerjaan termasuk dalam bidang professional.
Misalnya, di Malaysia ramai wanita yang mencipta nama dalam bidang masing-masing sekaligus membanggakan seluruh wanita di mana ia menunjukkan bahawa kaum wanita juga mampu melakukan seperti apa yang dilakukan oleh kaum lelaki. Dipetik dari myMetro bertarikh 17 MAC 2009 mengenai seorang wanita berjaya, Hazlina Puspa Hassan, 40, seorang Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Asia Pasifik F-Secure Corporation yang menggalas tugasnya secara komited walaupun dikelilingi pekerja asing termasuk dari negara asing. Katanya, “Saya lakukan tugas penuh rasa tanggungjawab bagi meletakkan kerja pada tahap tertinggi demi membuktikan wanita mampu menerajui satu rangkaian hebat jika diberi peluang”. Ini kerana memahami teknologi pengkomputeran berkaitan korporat dan melaksanakan komunikasi secara berkesan serta penuh strategik di Asia Pasifik bukan tugas yang mudah. Selain itu, dalam ruangan yang sama dalam myMetro, wanita boleh berjaya malah menguasai bidang yang biasanya dikuasai lelaki asalkan mereka sentiasa mempunyai semangat membara serta motivasi untuk memperkasakan diri. Ini kerana, menurut Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Mejar Bibi Zarjaan Akhbar Khan, wanita perlu gigih terutama dalam mempertingkatkan kemahiran pengurusan kehidupan seharian, bermula daripada kecekapan menguruskan diri sendiri, keluarga dan masa sehingga berusaha meningkatkan pengetahuan berkaitan bidang teknologi maklumat. "Wanita juga perlu memahirkan diri dengan tuntutan sampingan seperti mengasah kebolehan berkomunikasi dengan baik, mempunyai kebolehan menangani tekanan, mampu membuat analisis terhadap sesuatu permasalahan dan paling penting, berterusan membabitkan diri dengan pembelajaran sepanjang hayat.
Namun kita perlu sedar bahawa teknologi cumalah satu alat. Ia tidak membezakan jantina, kerja, atau mesej cuma yang boleh membezakan ialah isi kandungannya. Tetapi, untuk mendapatkan mesej dan maklumat, semua orang perlu menggunakan teknologi. Persoalan utama dalam konteks ini ialah kebolehan mengakses. Hal ini meliputi kemampuan memiliki teknologi, kemudahan prasarana, undang-undang, dan lain-lain. Oleh itu setiap wanita perlu kreatif dan inovatif.
Walaupun wanita berjaya dalam bidang perniagaan dan kerjaya lain, tidak banyak di kalangan mereka yang berjaya naik ke peringkat pengurusan pada tahun 1980-an. Sikap masyarakat, kekananan, dan faktor diskriminasi jantina adalah penyebab utama berlakunya situasi itu. Sewajarnya kerajaan pada masa kini perlu membuka luas peluang bagi golongan wanita di negara ini membina kerjaya mereka dan membuktikan kemampuan mereka dalam melakukan tugas yang dipikul.

Jumaat, 6 Mac 2009

Teknologi dan Agensi Pekerjaan

Teknologi komunikasi memberi pelbagai kemudahan kepada masyarakat supaya masyarakat dunia menjadi satu mayarakat yang bermaklumat. Hampir keseluruhan negara mempunyai rangkaian telekomunikasi agar dapat berhubung dengan negara lain. Oleh kerana berlakunya interaksi di antara negara maka pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama. Bukan itu sahaja teknologi telah mengubah gaya hidup dari pelbagai sudut sehinggalah cara untuk mendapatkan pekerjaan.

Contohnya di Malaysia kewujudan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memfokuskan kepada perubahan ekonomi dari ekonomi pertanian kepada ekonomi perindustrian. MSC memfokuskan kepada pendidikan, kesihatan, kerajaan dan pengeluaran dengan mengwujudkan rangka kerja untuk masyarakat bermaklumat. MSC memberikan projek yang lebih kepada sektor perkhidmatan. Kewujudan MSC telah mengwujudkan perniagaan interprise berasaskan kepada teknologi maklumat. Kelebihan lainnya adalah kemajuan tenologi maklumat telah membekalkan kelas infrastruktur komunikasi, pelabur dapat melibatkan diri dalam membangunkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. (Wang Lay Kim; Malaysian women in the information and challenges).

Dengan kepesatan teknologi meyebabkan peluang kian bertambah dan dapat membantu meningkatkan pendapatan negara. Oleh kerana dunia telah berubah kehidupan manusia juga turut berubah yang mana teknologi berada dihujung jari, kita mampu untuk mendapatkan segala maklumat yang berfaedah dan juga yang tidak bermanfaat. Perkara tersebut bergantung kepada individu tersebut bagai manakah cara ia mengendalikan teknologi yang ada. Mereka boleh untuk melakukan sesuatu yang bermanfaat ataupun tidak . salah satu perkara yang boleh dimanfaatkan adalah dengan mencari peluang pekerjaan.

Terdapat berbagai agensi pekerjaan yang dapat membantu individu ataupun masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan. Ia hanya bergantung kepada kita bagai manakah caranya kita mengakses kepada sesuatu pekerjaan. Antara agensi yang terkenal dan sering dikaitkan dengan pekerjaan adalah Jobstreet, Yahoo, Hot Job, Mudah.com (Monster), Mudah.my yang juga menawarkan peluang pekerjaan dan bukan sekadar menawarkan lelongan barangan. Begitu juga dengan portal kerajaan yang kini bersifat maya untuk rakyat mendapatkan peluang pekerjaan di jabatan kerajaan. Portal tersebut adalah spa8.gov.com.my. Dahulunya jabatan yang sinonim dengan peluang pekerjaan adalah Jabatan Buruh. Mereka menjadi pusat rujukan kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan. Namun fungsi tersebut telah dikurangkan dengan kewujudan teknologi seperti internet. Masyarakat dapat mengakses terus kepada kerajaan tanpa perlu bersusah payah untuk pergi ke pejabat buruh lagi.

Individu yang ingin mencari pekerjaan hanya perlu menaip resume dan hantar kepada organisasi yang dipilih dan dirasakan bersesuaian dengan kelayakkan, pengalaman yang ada dan memenuhi syarat yang diminta oleh organisasi tersebut. Kemudia hanya hantarkan e-mail kepada syarikat tersebuta atau menelefon untuk mendapat pengesahan dari pihak organisasi tersebut. Kemudian sebarang tindakbalas dan jawapan diberikan melalui e-mail. Benarlah apa yang dikatakan oleh Marshall McLuhan di dalam teorinya “Global Village”. Teknologi membantu memudahkan kehidupan manusia dan juga dapat menjimatkan masa. Menyebabkan manusia mempunyai masa terluang.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village).

Antara agensi pekerjaan ada di Malaysia adalah:-

Aspirasi Graduan - http://www.graduan.com.my/
Membuka peluang dan membangunkan pekerjaan kepada graduan Malaysia.

JenJOBS.com - http://www.jenjobs.com/
Website ini membekalkan perkhidmatan untuk mengrekrut pencari kerja dan majikan cara terbaik untuk mendapatkan pekerja terbaik dan menjadi majikan yang bertanggungjawab.

EML-BNB Group - http://www.emlbnb.com/
Pencari eksekutif dan mengiklankan kerkrut pekerja.

9to5 Asia - http://www.9to5asia.com/
membangunkan karjaya dengan mencari kerja di Malaysia, Singapura, profail korporat, sumber tentang mencari kerja, gaya untuk temuduga, rangkaian kerja, pengurusan kerjaya, kemahiran pengurusan, berhubung terus dengan institusi penasihat untuk kerjaya. Menjadi pusat untuk pekerja dan majikan.

DPSearchAsia - http://www.dpsearchasia.com/index.html
Pengrekrut khas dalam IT and Telekomunikasi
Agenci Perkerjaan Globnet -

http://members.tripod.com/AgensiPerkerjaan_APG/introduction.htm
Perkhidmatan menempatkan kerja.

Sumber pekerjaan online Malaysia - http://www.jobpolitan.com.my/
Menjadi perhentian kepada pencari kerja han pekerja.

Jobs.mailMalaysia.WS - http://jobs.mailmalaysia.ws/
Membekalkan majikan dengan akaun, dan resume secara percuma dan juga sumber kerjaya.

Perhubungan pembangunan kerjaya - http://www.alambina.ws/career_development.htm
meyenaraikan sumber pekerjaan, resume dan website pembangunan kerjaya di Malaysia dan Asia Selatan.

HR Solutions - http://www.hrsolutions.com.my/
Mengrekrut kerjaya dan mencari eksekutif. Konsultant (HR) merupakan sebuah syarikat penasihat pengurusan dan meyelesaikan masalah mengrekrut secara profesional. Dan meyelesaikan masalah dalam pemilihan ekekutif dalam Malaysia dan termasuklah di dalam Fortune 500 companies.

Ryujijob.com - http://www.ryujijob.com/
membekalkan perkhidmatan mengrekrut kerja, pekerja tempatan, pekerja asing, pembantu rumah, dan pelbagai pekerjaan lain. Terletak di Mont Kiara 50480 KL.

Adecco Malaysia - http://www.adecco-asia.com/malaysia.htm
Mengrekrut pekerja Malaysia untuk penawaran pekerjaan tetap, kontrak, dan untuk pekerjaan perkhidmatan.

Knowledge Worker Exchange - http://www.kwx.com.my/kwx/asp/index.asp
Pengrekrut utama untuk Malaysia bagi mengrekkrut pekerja Multimedia Super Corridor

Job Link - http://www.joblink.com.my/
Pusat rekrut atas talian.

GPS Career Consultancy - http://www.careersmalaysia.com/
menawarkan kerjaya dan garis panduan untuk membangunkan kerjaya. Terletak di 47620 Subang Jaya.

DK Associates (M) Sdn Bhd - http://www.dka.com.my/
khas untuk mencari para eksekutif, perkhidmatan pengurusan dan menawarkan perhidmatan sehingga Asia Selatan and Asia Pacific.

MJS Services Sdn Bhd - http://www.mjsborneo.com/
terletak di Sabah, merupakan penasihat di dalam pengurusan dalam membangunkan dan menguruskan peluang pelaburan di dalam menjalankan usahasama atau penggabungan di antara syarikat Sabah dan perniagaan antarabangsa.

Workcom Executive Search - http://www.workcom.com.my/
membekalkan peluang pekerjaan di atas talian.

Select Consulting Services Sdn Bhd - http://www.jaring.my/select/
Adpost.com Employment Classifieds, Malaysia - http://www.adpost.com/my/employment/
Work Bin - http://www.workbin.com.my/

Malaysia Employment and Labor Law - http://www.lawyerment.com.my/library/doc/empl/
EPF, KWSP, SOCSO, OSHA, pencen, pampasan dan pelbagai nasihat berkaitan perhubugan dengan industri dan undang-undang pekerjaan.

IT Freelance Centre (Malaysia) - http://freelance.itgo.com/
CL Search Sdn Bhd - http://www.clsearchsb.com/
New Horizons Computer Learning Centre –
http://www.newhorizons.com.my/corporate/employment.html
Agensi Pekerjaan Timeless Gateway Sdn Bhd - http://www.aptg.com.my/
C L Ng & Associates - http://www.strategyinbusiness.com/
Radix - The Project Nexus - http://www.radix.com.my/
Executive Search, Recruitment, And Headhunting - http://www.aspacsearch.com/
CareerVenue.com - Malaysia - http://my.careervenue.com/
Execnet Sdn Bhd - http://www.execnet.com.my/
Provide specialised professional recruitment services in the Information Communications Technology (ICT) field. Located in Sri Petaling 57000 KL.
Com-net Jobs Avenue - http://www.com-net.com.my/jobsavenue/
Srimanisa Sdn Bhd - http://www3.jaring.my/srimanisa/
Galeri Pekerja Sdn Bhd - http://www.galeri.com.my/ Terletak di Klang Valley, Malaysia
JobAA.com - http://www.jobaa.com/my
Akenax Translating –
http://pws.prserv.net/Kenax/Translators/RegEmpl/Translators_RegEmpl_Malaysia.htm
JobsDB.com - Malaysia - Interactive Recruitment Network - http://www.jobsdb.com/MY/EN/Default.asp
JobsDB recruitment and classifieds site catered to the Malaysian public.
Malaysia Jobs by Asiaco Jobs Center - http://jobs.asiaco.com/malaysian
Nichiei - http://www.nichiei.com.my/
Agensi catering Malaysia untuk pekerjaan antarabangsa.
Alambina: Jobs in Malaysia Resource Page - http://www.alambina.com/jobs_career.htm
ESQ Consultancy Services Sdn Bhd - http://www.esqconsultancy.com/
Penasihat di dalam bidang kualiti, pekerjaan yang selamat, persekitaran dan kesihatan termasuklah piawaian ISO 9000 & ISO14000
Transearch Wendy Lau - http://www.jaring.my/wendylau/index.htm

CareerNext - http://www.my.careernext.com/
Pro Act Management & Consultancy Sdn Bhd - http://www.workbin.com.my/PAMC/index.html Menyediakan perkhidmatan tentang perhubungan industri iaitu cara megendalikan pekerja, undang-undang, tawar-menawar di antara majikan dan pekerja, kesihatan dan keselamatan pekerja.

Jobs Negeri Sembilan - http://www.ns.net.my/jobs/
Kerja Online - http://www.jaring.my/kol/kerja/ perkhidmatan resume secara atas talian
JobSpotz - http://www.hotspotz.com.my/jobspotz/
Getting a Job - http://www.jaring.my/jtr/employ/employ.html
JobStreet - http://www.jobstreet.com/default.htm

Hampir kesemua agensi di atas menawarkan perkhidmatan pekerjaan, mengrekrut pekerja, membekalkan pengetahuan dai dalam undang-undang pekerjaan, mencari pekerja yang berbakat, sumber manusia, meyediakan perkhidmatan nasihat berkaitan dengan pengurusan pekerjadan perniagaan. Ada di antara agensi yang menyediakan pusat latihan kepada pekerja secara atas talian. Melalui teknologi manusia hanya perlu mengakses kepada apa yang mereka kehendaki. Bergantung juga kepada individu tersebut cara ia memasarkan diri di pasaran kerja ini kerana persaingan untuk mendapatkan kerja adalah sengit.

Jumaat, 27 Februari 2009

E-commerce membuka peluang pekerjaan

Sesebuah negara memerlukan individu-individu yang berkeupayaan untuk menukarkan pelbagai sumber kepada peluang ekonomi yang akan menguntungkan. Di Malaysia, kini ramai orang yang menceburi bidang perniagaan ini melalui anjuran-anjuran yang telah disediakan. Penggunaan laman web merupakan salah satu kelebihan e-commerce.Apakah e-commerce? Adakah benar e-commerce membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat? Sesuaikah dengan era masa kini? Dengan adanya teknologi seiring dengan era globalisasi, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mencapai era masyarakat bermaklumat. E-commerce merupakan satu aktiviti jual, beli, penghantaran, dan juga penerimaan sebarang produk, servis mahupun informasi melalui jaringan internet. E-commerce juga adalah jenis perniagaan yang semakin disebut-sebut kerana ianya bakal menggantikan perniagaan yang realiti kerana seperti mana yang kita ketahui e-commerce adalah perniagaan yang dijalankan secara maya (atas talian). Sesuai dengan masa sekarang, masyarakat tidak perlu keluar membeli belah kerana dengan adanya teknologi komputer dan internet ianya sudah memadai untuk melakukan urusan jual beli. Perniagaan ini wujud dengan pesatnya, banyak website yang telah dibangunkan seiring dengan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010). Berdasarkan statistik yang di jalankan penjualan barang dan perkhidmatan melalui e-commerce berkembang dengan pesatnya pada kadar tahunan purata sebanyak 81.8 peratus daripada RM11.1 bilion pada tahun 2003 kepada RM36.7 bilion pada tahun 2005. Pekembangan ini disebabkan peningkatan transaksi dalam perniagaan ke perniagaan (B2B) dan keyakinan terhadap peniagaan e-commerce serta lebih banyak syarikat menawarkan perkhidmatan mereka melalui atas talian. Menurut maklumat yang penulis perolehi, statistik terkini menunjukkan potensi yang amat besar untuk perniagaan internet di mana pengguna internet di dunia pada Disember 2007 melebihi 1.2 billion. Di Malaysia sahaja, jumlah pengguna Internet mencecah 15 juta orang dengan kadar pertambahan mencapai 300%. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Selain itu,Internet World Stats mencatatkan 459.5 juta pengguna Internet di seluruh Asia. Jumlah ini adalah lebih tinggi dari pengguna Internet di Eropah (337.9 juta) dan Amerika Syarikat (210.6 juta). Berdasarkan statistik yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa perniagaan ini semakinj berkembang di dunia dengan adanya teknologi internet. Pekembangan ini juga akan mengubah cara pembelian daripada secara tradisional (realiti) kearah lebih canggih ( secara maya). Kebanjiran laman-laman web telah memberi peluang pekerjaan kepada umum. Laman web ini juga turut memudahkan lagi organisasi-organisasi besar, sederhana atau kecil yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada orang awam. Di samping itu, portal jawatan kosong juga turut menyediakan maklumat pekerjaan secara automatik. Dengan adanya laman web ini, masyarakat dapat membuat permohonan mengikut kelayakan mereka. Syarikat perniagaan di Malaysia kini mempunyai pelbagai saluran baru untuk mengadakan perangkaian dengan membuat pelancaran gerbang perniagaan. Gerbang ini juga bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan, malahan ia dapat membantu pelabur-pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia serta menyediakan platform bagi mengurangkan jumlah penganggur di Malaysia. Dengan adanya pelabur-pelabur ini, ia dapat memperbanyakkan lagi syarikat-syarikat multinasional di Malaysia.

Selain itu, Business.com.my merupakan salah satu gerbang perniagaan yang telah mengen­dalikan satu daripada pasaran elektronik yang terbesar di dunia bagi perdagangan domestik dan juga antarabangsa. Gerbang ini telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat yang ingin mencari pekerjaan di dalam sektor-sektor tertentu. Pada pendapat penulis, peluang pekerjaan ini lebih menguntungkan kepada sesiapa yang lebih berkebolehan dalam dunia IT kerana kebanyak jawatan kosong yang diiklankan adalah khusus untuk pakar IT. Hypermarket Maya Malaysia (RightShoppe) adalah salah sebuah syarikat yang mencari memerlukan beberapa pekerja di bahagian IT yang mempunyai kebolehan dalam web programming dan database administration untuk membantu membangunkan sistem e-commerce syarikat front end dan back end.


Khamis, 19 Februari 2009

Kebaikan dan Keburukan Teknologi Kepada Masyarakat

Sebelum menganalisis kebaikan dan keburukan teknologi maklumat, adalah sangat penting untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan teknologi dan juga untuk mengetahui kenapa ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Pada masa kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan juga ia digunakan untuk proses komunikasi dan juga proses penyelesaian masalah dalam tugasan.


Kehadiran teknologi dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi; misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan.

Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan harian dari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.

Kini, alat-alat komunikasi seperti komputer peribadi, telefon bimbit, mesin faks, e-mail dan internet bukan sahaja menjadi sebahagian daripada kehidupan kita, tetapi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Tujuan artikel ini ditulis juga adalah untuk memfokuskan impak teknologi dalam alam pekerjaan terhadap masyarakat.
Antara kebaikan teknologi adalah seperti globalisasi, komunikasi, dari sudut keberkesanan kos, mengurangkan jurang budaya, meluangkan lebih masa dan mencipta peluang pekerjaan yang baru. Globalisasi ini bukan sahaja menunjukkan perhubungan dunia yang rapat tetapi juga membenarkan ekonomi - ekonomi di dunia ini untuk menjadi satu sistem yang bersifat saling bergantung antara satu sama lain.


Ini dapat dibuktikan lagi dengan berkongsi maklumat secara tepat dan efisien malah ia dapat mengurangkan halangan-halangan dan sekatan geografi. Dunia kini dibangunkan dalam “Global Village” dengan bantuan tenologi yang membolehkan negara - negara kurang maju seperti Chile dan negara-negara maju seperti Jepun yang berbeza dari segi jarak dan juga bahasa perantaraan yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.

Komunikasi pula, dengan bantuan teknologi, proses komunikasi telah menjadi lebih murah, cepat dan juga efisien. Sekarang kita dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan menghantar teks mesej atau pun dengan kiriman e-mail. Teknologi ini juga membuka peluang untuk berhubung dari muka ke muka iaitu komunikasi secara terus dari bahagian - bahagian yang berbeza di seluruh dunia. Teknologi ini juga digunakan dalam dunia pekerjaan melalui video conferencing yang membolehkan pengurus-pengurus dari negara - negara lain untuk turut serta menghadiri mesyuarat.

Dari sudut keberkesanan kos, teknologi maklumat telah membolehkan semua proses perniagaan dikomputerkan yang mana perniagaan tersebut mendapat pulangan yang tinggi dengan menggunakan peralatan mesin - mesin yang berteknologi. Pada masa yang sama ia juga dapat meningkatkan produktiviti yang mana meningkatkan keuntungan kepada perniagaan.
Mengurangkan jurang budaya pula ialah yang mana teknologi maklumat telah membantu mengurangkan jurang budaya dengan membantu masyarakat dari budaya yang berbeza, berkomunikasi antara satu sama lain dan membolehkan pertukaran idea dan pandangan dalam meningkatkan kesedaran dan mengurangkan prejudis.
Antara kebaikan lain adalah meluangkan lebih masa iaitu teknologi maklumat memberikan peluang bagi perniagaan untuk beroperasi selama 7 hari dan 24 jam di seluruh dunia. Ini bermakna sesuatu perniagaan boleh dibuka pada bila-bila masa, di mana-mana dan membuat pembelian dari negara yang berbeza serta mudah dan selesa. Masyarakat juga dapat menikmati perkhidmatan penghantaran terus ke muka pintu.
Mencipta peluang pekerjaan yang baru pula ialah teknologi yang merupakan kebaikan utama yang mencipta peluang perniagaan yang baru dan menarik. Antara pekerjaan - pekerjaan yang diwujudkan dengan kehadiran teknologi iaitu ‘Computer Programmers’, ‘System Analyzers’, Hardware and Software Developers’ dan Web Designer’.
Walaupun di sini kita menghujahkan atau melihat teknologi memberikan kebaikan dan kepuasan kepada semua pihak, tetapi jika dikaji secara mendalam terdapat juga keburukan yang berselindung disebaliknya. Antaranya ialah, kita boleh dapati iaitu hak persendirian, budaya dominasi, kekurangan dalam keselamatan pekerjaan dan juga pengangguran.
Hak persendirian ialah yang mana dengan kehadiran teknologi, proses komunikasi menjadi lebih cepat, lebih mudah dan lebih selesa. Walaubagaimanapun ia juga membangkitkan isu hak persendirian (privacy). Dalam dunia yang semakin maju ini, masyarakat berasa risau apabila maklumat peribadi di dedahkan menjadi maklumat awam. Ini kerana kemajuan teknologi ini membolehkan data - data persendirian yang disimpan dalam komputer atau telefon bimbit dicerobohi oleh orang lain yang tidak bertanggungjawab.
Dari pandangan dominasi budaya pula ialah walaupun teknologi maklumat menjadikan dunia ini ‘Global Village’, ia juga menyebabkan berlakunya dominasi budaya yang dianggap sebagai kelemahan atau keburukan yang paling dahsyat. Sebagai contoh salah satu isu yang semakin dibangkitkan ialah pengaruh budaya U.S yang mana dapat dilihat di negara kita, ramai remaja terikut dengan budaya barat. Kebanyakkan remaja sekarang terikut dengan gelagat, cara pemakaian dan mengikut gaya budaya barat.
Di samping itu, Bahasa Ingeris juga dijadikan sebagai bahasa primer dalam komunikasi perniagaan dan dalam semua aspek seperti pembelajaran dan sebagainya. Dalam konteks pengangguran, teknologi telah menyebabkan berlakunya peningkatan dalam pengangguran. Ini telah menyebabkan berlakunya ‘downsizing’ dan ‘outsourcing’. Kebanyakkan pekerja yang mahir dan separa mahir telah kehilangan pekerjaan dan secara tidak langsung terjadinya pengangguran. Ini kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka telah digantikan dengan penggunaan peralatan pemesinan yang lebih canggih..
Sebagai kesimpulannya, walaupun kita bersetuju dengan dakwaan bahawa teknologi memberikan kebaikan kepada semua pihak, tetapi tanpa disedari ia juga telah memberikan impak yang lebih besar kepada masyarakat.

Jumaat, 13 Februari 2009

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN REMAJA



Pada abad millenium ini, rata-rata remaja sudah mampu menikmati berbagai-bagai teknologi terkini yang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman yang mana kadangkala mampu melahirkan gaya hidup yang hampir sempurna, apa jua yang mahu dimiliki mampu didapati dengan mudah dengan perkembangnya teknologi yang ada pada hari ini seperti internet. Remaja hari ini seringkali menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat baru dan juga untuk berhibur, akan tetapi sejauh manakah golongan remaja ini menggunakan kemudahan teknologi dalam pekerjaan mereka.

Menurut sarjana-sarjana barat, teknologi mampu memudahkan kehidupan masyarakat. Sebagai remaja yang bermaklumat sejauh manakah penglibatan remaja dalam menggunakan teknologi dalam pekerjaan mereka? Menurut sebuah penelitian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan melakukan semua inovasi teknologi itu”. Namun, ia juga meragukan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran. Remaja pada hari ini lebih cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan sebagainya. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar dan kreatif.

Iklim dan persekitaran masa kini lebih banyak mempengaruhi dalam membentuk pertumbuhan para remaja. Kesan dari pelbagai perubahan dan juga inovasi teknologi sekali gus merombak pertumbuhan generasi pemakainya iaitu golongan generasi baruiaitu para remaja. Remaja sekarang tidak boleh dibandingkan dengan remaja pada masa dahulu kerana terlalu banyak jurang perbezaannya. Generasi baru lebih banyak terdedah kepada perubahan-perubahan teknologi yang semakin canggih berbanding dengan remaja masa dahulu yang tidak tahu langsung apa itu teknologi apatah lagi untuk menggunakan teknologi tersebut, justeru teknologi sedikit sebanyak telah merubah daya pemikiran, stail kehidupan, cara bergaul dan sebagainya yang boleh diibaratkan arus dan samudera yang melanda merubah pesisiran pantai. Banyak perkara dilihat sudah menjadi punca kepada corak dan perubahan sosialisme mereka. Peredaran inovasi teknologi yang semakin maju jika tidak ditangani mampu menghancurkan kehidapan remaja dimana terknologi merupakan satu tarikan yang begitu kuat terhadap perubahan sikap generasi remaja.

Peredaran teknologi telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pekerjaan seperti melalui surat khabar, tetapi zaman yang serba canggih ini, perkerjaan boleh didapati melalui web site yang menawarkan pekerjaan seperti JobStreet terbuka kepada orang ramai, portal ini hanya membenarkan syarikat yang mempunyai kredibiliti yang baik untuk mengiklankan pekerjaan mereka bagi mengelakkan penipuan, lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki dan tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerja di luar hanya menggunakan hujung jari sahaja, disamping itu tidak tertumpu kepada golongan remaja sahaja. Remaja berpeluang mencari kerja sambilan mengikut kemampuan mereka serta kemahiran yang dimiliki asalkan remaja kita mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan. Namun apa yang dapat dilihat masa kini, kebanyakkan remaja tidak menggunakan teknologi ini dengan bijak dengan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, bermain komputer games dan sebagainya di mana masa tersebut sepatutnya diluangkan dengan bagi mengasah kemahiran untuk persediaan ke alam pekerjaan nanti.

Namun terdapat juga segelintir remaja yang berminat mencari kerja sambilan tetapi mereka tidak tahu di mana untuk melakukan carian, malu untuk keluar bertanya serta risau sekiranya mereka ditipu oleh agensi pekerjaan. Sepatutnya remaja yang berinovasi terhadap teknologi sanggup menghadapi cabaran dan sanggup mencuba sesuatu yang baru dan tidak gentar untuk mencuba dalam mencari pekerjaan. Selain daripada itu, seperti yang kita sedia maklum kini Malaysia dilanda oleh masalah jurang antara kaum yang kian meruncing. Mungkin ini disebabkan oleh adanya sikap berpuak-puak antara pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi yang lebih gemar berada dalam kepompong kaum sendiri berbanding memperluaskan jaringan perhubungan mereka dengan kaum yang lain. Pemilihan pekerja perlu berdasarkan kepelbagaian kaum supaya mereka dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain seperti mengadakan seminar, kursus dan sebagainya. Di samping itu, penganjur acara yang berminat mendapatkan kakitangan sementara ketika menganjurkan seminar, forum, pertandingan dan sebagainya di mana ini memberi peluang remaja untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran sesuatu acara dan memberi pengalaman berharga kepada mereka. Bagi pihak majikan pula, kelebihan yang bakal mereka nikmati adalah mendapatkan tenaga kerja tempatan yang berkualiti pada kos yang rendah di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.


Kesimpulannya ialah remaja yang semakin memahami menggunakan teknologi perlu lebih berfikiran yang lebih positif terhadap faedah teknologi terutamayan dalam mencari pekerjaan yang mana dengan adanya teknologi remja lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan dan tidak perlu bersusah payah untuk keluar unruk mencari kerja. Teknologi yang diberikan adalah untuk memberi kemudahan untuk kita mengaksese maklumat yang yang kita mahukan bukannya untuk berhibur dan membuang masa di hadapan komputer dengan mengakses perkara-perkara yang tidak menjana minda

Rabu, 4 Februari 2009

Kesan Kepada Masyarakat

Teori komunikasi bermula dengan penggabungan di antara kepantasan sosial dan perubahan ekonomi. Semasa revolusi industri di Eropah. Perubahan tersebut memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar dan juga kelebihan di dalam sains untuk memahami dunia sebenar. Konsep komunikasi digunakan oleh ahli falsafah Claude Hanride Saint Simon(1760-1825) di dalam (Thussu; 2000; International Communication).

Teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.

Pelbagai teori telah diwujudkan untuk membuktikan bahawa teknologi memberi kebaikan kepada kehidupan yang kian mencabar dan canggih ini. Menurut teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan pada awal 1960-an, teknologi memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dunia. “Global village” ini megandaikan bahawa satu dunia dapat diseimbangkan di mana satu dunia bersama-sama menyelesaikan masalah global dengan penggunan teknologi komunikasi. Beliau mengandaikan bahawa tiada pendominasian dalam bidang politik, ekonomi dan juga sosio-budaya.
http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village
Dengan kewujudan teknologi ia mampu membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati hidup yang lebih selesa, aman dan mudah. Contohnya pada zaman sekarang dapat dilihat perkembangan teknologi komunikasi sendiri telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di seluruh dunia. Terdapat syarikat-syarikat besar seperti multinational corporation telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Teknologi bukan sahaja memudahkan hidup, kerja dan menjadikan sesebuah masyarakat itu sebagai satu masyarakat yang bermaklumat.

Kesan teknologi kepada kita sebagai masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan maklumat adalah tentang pengetahuan, ekonomi, politik dan juga dari segi sosoi-budaya. Dari McLuhan teknologi memebawa kepada kebaikan ekonomi. Contohnya wujud pasaran bebas dan tiada pendominasian oleh mana-mana pihak. Walaupun kita sedari ada pihak yang mendominasi teknologi iaitu negara-negara maju yang cuba mendominasi teknologi dengan mewujudkan pasaran oligopolistik. Walaupun begitu halnya, sedikit sebanyak ia membantu negara lain untuk memberika peluang pekerjaan walaupun ia di anggap mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara berkenaan. Seperti sumber manusia, Gunder Frank 1969 pembangunan yang dijanjikan tidak berlaku, menurut Frank syarikat besar seperti Transnational Corporation (TNC) mendapat sokongan daripada kerajaan mereka. Melalui sokongan ini mereka mengusai negara lain, bahan mentah, penggunaan tenaga dan pengeluaran. Negara maju telah mengusai ataupun telah mengeksploitasikan negara mundur. Keadaan ini mengukuhkan lagi negara mundur semakin mundur akibat daripada pergantungan kepada negara maju. Keadaan ini di sebut sebagai “Development of Underdevelopment”. (Thussu; 2000; Approaches to theorizing international communication.

Walaupun demikian kita juga masih mendapat faedah dari aktiviti tersebut iaitu rakyat kita mendapat pekerjaan. Contohnya seperti Syarikat Dell, Intel, Kentucky Fried Chiken, Mc Donald’s, Pizza Hut dan sebagainya. Syarikat-syarikat Multinational ini juga menjadi pemangkin dalam membantu menggerakan ekonomi negara ini. Malah kerajaan sendiri menggalakkan mereka supaya melabur di Malaysia.

Menurut Teori Global Village yang dibangunkan oleh McLuhan, teknologi juga turut mempengaruhi politik. Demokrasi semakin diperluaskan dan ruang hak bersuara semakin diperbesarkan.
Ini kerana terdapat pelbagai saluran pengedaran dan peyampaian yang membolehkan setiap individu menyuarakan pendapat dan hak mereka. Era tahun 2003 membawa kita masyarakat dunia kepada hak kebebasan bersuara melalui blog. Semua individu berhak menyatakan hak mereka dan mereka boleh berkongsi dengan masyarakat dunia. Dunia tidak lagi dibatasi melainkan hanya jurang digital yang memisahkan sesetengah tempat untuk mengakses internet.
Melalui perkembangan teknologi kehidupan manusia menjadi lebih mudah. Menurut McLuhan, teknologi membawa kepada perubahan sosio-budaya.
Terdapat kelapangan masa iaitu melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat di mudahkan dan di percepatkan sehingga membolehkan kita mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti lain seperti menikmati hasil budaya. Dengan teknologi juga manusia bebas menggunakan dan memiliki maklumat tanpa ada sekatan. Kita boleh mengakses bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu.

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.
http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut. http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896

Muda mudi yang akalnya rosak dengan unsur-unsur lucah ini akan mendatangkan masalah kepada negara malah mengancam keselamatan awam yang lain. Remaja ini tidak akan mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada negara. Contohnya sumber tenaga mahir kepada kerajaan. Ini akan merugikan negara untuk tempoh masa yang panjang. Kita tidak mampu melahirkan insan yang yang berilmu dan berguna kepada negara, agama, masyarakat, dan keluarga. Bagaimana modal insan yang sering diungkapkan oleh Perdana Menteri kita Dato, Abdullah haji Ahmad Badawi akan dicapai?

Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.
Arus teknologi yang begitu canggih menyukarkan kita untuk mengawalnya. Aktiviti penggodam ini akan meyukarkan kerja-kerja kerajaan untuk melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan kita individu. Kita merasakan maklumat peribadi kita seperti akaun simpanan dan rahsia lain mudah terbongkar.

Menurut Norkumala bt. Awang, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Aktiviti ini membolehkan kita menerokai pertanian dengan lebih mendalam dan menjadikanya sebagi sumber pendapatan individu dan negara sekiranya kita mampu mengeksport hasil pertanian tersebut.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai kemanusiaan dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak disalahgunakan dan tidak mendatangkan keburukan kepada masyarakat lain kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.


Bibliografi:-
Buku:-
Daya Kishan Thussu; 2000; International Communication; Approaches to theorizing international communication; pg 53.
Web:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village

http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.

Khamis, 29 Januari 2009

E-Kerajaan

Dalam menuju ke era teknologi maklumat dan informasi (ICT), Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan pelbagai aplikasi elektronik yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat melalui aplikasi perdana e-kerajaan menerusi projek Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia). Ini adalah untuk membentuk semula cara kerajaan beroperasi menggunakan teknologi multimedia ini. Pelancaran e-kerajaan sememangnya mampu untuk meningkatkan lagi mutu pentadbiran di dalam kerajaan serta kaedah menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Aplikasi e-kerajaan juga bertujuan untuk meningkatkan mutu dan interaksi kerajaan dengan rakyat serta pihak swasta.

Pelbagai kemudahan disediakan oleh e-kerajaan antaranya seperti pembayaran bil kemudahan asas, semakan saman trafik, penghantaran tender kerajaan dan pendaftaran perniagaan dapat dilakukan secara terus dalam talian. E-undi merujuk kepada proses pembuangan undi dan pengiraan undi yang dilakukan secara elektronik dengan pengundi tidak perlu lagi memangkah di atas kertas seperti kaedah yang digunakan sekarang. Namun, Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan e-undi dalam pilihan raya di negara ini seperti yang digunakan di beberapa buah negara luar seperti Amerika Syarikat, Australia dan Brazil. Sistem undian seperti punch card atau kad imbasan optikal juga dikira sebagai menggunakan kaedah elektronik. Terdapat beberapa kaedah untuk mengundi secara elektronik termasuklah mesin mengundi, internet, telefon dan telefon mudah alih, pembantu digital peribadi (PDA) dan televisyen digital.

Pihak kerajaan telah menambah jumlah tenaga pakar keselamatan sistem komputer sebelum negara berhadapan dengan masalah kehilangan data yang lebih serius lagi. Dengan adanya tenaga pakar ini, data atau rahsia sulit kerajaan tidak akan terdedah kepada serangan pencerobohan sistem komputer atau virus pada bila-bila masa. Kerajaan telah meningkatkan jumlah tenaga pakar sekurang-kurangnya seorang untuk setiap jabatan.

Apakah itu E-Kerajaan?

E-kerajaan adalah membenarkan pengedaran maklumat dan perkhidmatan secara bebas dalam sektor pentadbiran awam, disamping mengatasi kekangan sistem-sistem yang berasaskan tradisi fizikal dan penggunaan dokumen kertas dengan menggunakan teknologi maklumat.

Terdapat peluang-peluang yang wujud akibat daripada E-Kerajaan iaitu tanggungjawab di mana ia membolehkan kerajaan menjadi lebih terbuka dan transparen. Misalnya, menerbitkan debat dalam parlimen, dan minit mesyuarat pentadbiran pada laman web supaya rakyat jelata boleh mencapainya dengan mudah. Selain itu, antara peluang yang lain ialah penyebaran perkhidmatan secara adil dan transparen yakni penyebaran boleh dilakukan dengan kadar yang cepat, lancar dan berkesan bagi berinteraksi dengan orang awam dan syarikat swasta, dan ia menambahkan lagi pusat penemuan. Dengan meliberalisasikan pusat penemuan ia boleh menjadi alat pencegah rasuah yang sangat berkesan. Contohnya, menyediakan borang dan perkhidmatan perlesenan di atas-talian untuk mengelakkan perlunya pergi ke pejabat kerajaan dengan risiko pembuangan masa dan kejadian rasuah. Peluang yang lain adalah pemerintahan iaitu ia merupakan satu bidang di mana kekuasaan undang-undang sedang diuji dalam percubaan menyediakan kaedah pengundian berlainan.

Matlamat utama E-Kerajaan ialah ia bermula dengan penyebaran-penyebaran perkhidmatan awam yang sangat terdedah kepada aktiviti rasuah dan kos transaksi yang tinggi yang amat diperlukan oleh rakyat setempat dan luar bandar. Ia boleh diklasifikasikan dalam lima matlamat berikut yakni penyebaran perkhidmatan awam yang lebih baik kepada rakyat.Misalnya, pendaftaran hartanah yang dahulunya memakan masa sehingga berhari-hari namun dengan adanya E-Kerajaan ia dapat mengurangkan kos transaksi dengan banyak dan meningkatkan transparensi perkhidmatan awam dimana penyediaan borang yang boleh dilengkapkan diatas talian.Kedua, peningkatan perkhidmatan untuk perniagaan. Bagi negara-negara membangun, prosedur kastam dan proses perlesenan untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah sukar untuk usahawan dan pelabur-pelabur domestik dan luar negara.Ketiga, Transparensi dan anti-rasuah. Keputusan laporan terperinci belanjawan jabatan kerajaan dan juga rancangan-rancangan projek boleh didedahkan kepada orang ramai supaya rakyat boleh memantau pengimplimentasian projek dan penggunaan wang dengan mendalam. Terdapat juga laman web yang mendedahkan nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam kegiatan rasuah. Keempat,pemberian kuasa melalui maklumat. Penyebaran maklumat dilakukan misalnya kepada pekebun, peladang, dan penternak. Golongan ini memerlukan maklumat mengenai kadar harga barangan hasil ladang ternakan dalam daerahnya dan juga dalam daerah-daerah berjiran supaya mereka mempunyai kuasa tawar- menawar harga barangan yang lebih dengan orang tengah. Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai hak dalam undang-undang dan program-program kerajaan untuk membantu golongan miskin. Matlamat yang terakhir ialah pemerolehan yang lebih efisen. E-Pemerolehan adalah kompenan terpenting didalam E-Kerajaan dan ia dapat megurangkan kos urusniaga dengan banyak dan menawarkan peluang kepada pembekal-pembekal baru untuk membuat tawaran tender.

Walaupun E-Kerajaan bergantung kepada maklumat dan teknologi komunikasi, manfaat daripada E-Kerajaan tidak terhad kepada negara-negara yang mempunyai infrastruktur ICT yang termaju.E-Kerajaan juga bukan suatu konsep menggunakan teknologi internet secara eksklusif walaupun internet diiktiraf sebagai perantara yang paling berkesan dan popular untuk menyampaikan E-Kerajaan namun ia masih boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah komunikasi konvesional seperti perbualan telefon, telefon digital tanpa wayar dan teknologi mesej, faksimili dan juga radio.

Sebenarnya terdapat beberapa negara telahpun mengaplikasikan E-Kerajaan atau kompenan-kompenan E-Kerajaan pada tahap-tahap berbeza dalam melancarkan pentadbiran negara. Antara kerajaan luar yang yang menggunakan E-Kerajaan ialah Argentina iaitu mengedarkan belanjawan dengan bebas kepada rakyat. Selain itu, Brazil dimana ia menyediakan perkhidmatan komputer dalam bentuk kiosk komputer bergerak yang menggunakan van. Negara lain yang menggunakan E-Kerajaan adalah Chile di mana ia mengamalkan E-Pemerolehan bagaimana pula Korea Selatan menggalakkan transperansi dalam perkhidmatan daerah. Dua kajian kes yang mendemonstrasikan pengaplikasian E-Kerajaan dalam negara membangun dengan lebih jelas ialah Andra Pradesh, India. Polisi kerajaan diubah dan kini memerlukan semua initiatif kerajaan menumpu pada pembekalan maklumat berguna, perkhidmatan yang baik, dan pentadbiran yang adil dan saksama. Ia dipanggil sebagai SMART (“Simple Moral Accontable Responsive and Transparent government). Mexico pula kerajaannya telah mendaftarkan lebih daripada 500 nama domain untuk pejabat-pejabat kerajaan. Laman-laman kerajaan ini mengandungi maklumat tentang perkhidmatan kerajaan, data dan rujukan ke sumber-sumber maklumat yang lain.

Kos-kos untuk mengimplementasikan konsep E-Kerajaan pada kerajaan setempat adalah berbeza-beza dan kos-kos yang terlibat adalah seperti kos kejuruteraan semula, peningkatan kos agensi dan kos sosial. Kos sosial perlu diambilkira kerana pengimplementasian E-Kerajaan boleh memberi kesan kepada pekerjaan, hubungan kerja, dan hubungan kerajaan dengan rakyat.Perhatian juga perlu diambil supaya kumpulan yang kurang bernasib baik tidak diaibkan disebabkan pembaharuan ini. Kerajaan sesebuah negara boleh mengemplimentasikan initiatif E-Kerajaan pada paras kerajaan setempat, daerah, negeri, ataupun persekutuan. Program-program yang perlu dilaksanakan untuk penubuhan E-Kerajaan adalah seperti rancangan menggabungkan piawaian dan rangka-rangka kerja jabatan-jabatan. Kedua, rancangan untuk membolehkan perkhidmatan kerajaan lebih mudah dicapai oleh rakyat dan perniagaan melalui laman portal kerajaan. Ketiga, rancangan untuk menawarkan proses dalaman secara elektronik. Misalnya melalui internet untuk perkhidmatan antara badan pekerjaan. Seterusnya, analisis keperluan niaga dan manfaat mengaplikasikan ICT dan yang lain ialah penilaian semula aliran maklumat dan transaksi antara jabatan, rakyat, sektor awam lain dan badan komuniti.

Secara kesimpulannya, melalui E-Kerajaan secara tidak langsung ia dapat memudahkan pihak kerajaan itu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih cekap terhadap pekerjaan yang dilakukan disamping memudahkan interaksi dengan rakyat dan pihak swasta. Ini menunjukkan teknologi multimedia benar-benar membantu dalam memudahkan sebarang urusan yang perlu dilaksanakan dan ia amat menjimatkan masa.

Rabu, 21 Januari 2009

Peranan MSC Dalam Konteks Pekerjaan



MSC atau dikenali sebagai “ Multimedia Super Coridor ” merupakan salah satu inisiatif kerajaan Malaysia bagi industri informasi global dan teknologi komunikasi (ICT). Pencetus idea bernas tersebut adalah ilham daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1996. Walaupun Malaysia mencapai kemerdekaan hampir 52 tahun, namun masih wujud segelintir masyarakat yang tidak memahami secara mendalam tujuan sebenar pembangunan MSC tersebut. Ia diilham bagi mewujudkan satu kawasan berteraskan teknologi serta pengetahuan yang berkeluasan 15 x 50 kilometer persegi yang menjangkau kawasan segi tiga emas, meliputi utara Menara Berkembar Petronas (KLCC) sehingga selatan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), dan turut merangkumi Bandar Putrajaya dan Cyberjaya.

Koridor Raya Multimedia (MSC) yang bermula pada tahun1996 itu adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Perkembangan MSC telah mengubah negara menjadi hub teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dinamik dan menjadi teras utama kepada syarikat multinasional seperti syarikat asing dan syarikat tempatan untuk mengeluarkan produk multimedia dan komunikasi serta penyelidikan (P&P) yang berkaitan dengan ICT.

Jika dilihat dari asasnya projek MSC menunjukkkan kejayaan apabila sejumlah 1,208 syarikat telah diberi status MSC, penjanaan 19000 pekerjaan berasaskan pengetahuan, penjualan produk berasaskan ICT sebanyak RM 68 juta dan sejumlah RM 522 juta telah dibelanjakan untuk P&P. Disamping itu, MSC juga telah memainkan peranannya dalam usaha memupuk penginovasian dan perkembangan syarikat yang berasaskan ICT di mana pada hari ini apa yang boleh dilihat lebih 70 peratus daripada syarikat sekuriti MASDAQ berstatus MSC.


Konsep pembangunan MSC berjaya menambat perhatian hampir 900 buah organisasi berteraskan multinasional, syarikat asing serta firma tempatan untuk membuat pelaburan di kawasan MSC yang telah dispesifikan. Kebanyakkan syarikat tersebut adalah syarikat berteraskan multimedia, telekomunikasi, perkhidmatan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). Sementelahan itu, MSC merupakan peneraju utama kepada 48 syarikat yang menjalankan proses operasi perkongsian, perkhidmatan dan penyumberan luar (SSO) yang bertaraf dunia. Proses MSC telah memberi kesan dalam mewujudkan hampir 11, 200 peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan.

MSC menjana peluang pekerjaan. Namun persoalan yang kini hangat diperkatakan ialah, “Adakah pembangunan MSC dapat menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada golongan siswa dan siswi lepasan institusi pengajian tinggi (IPT)? ”

Secara logiknya, pelaburan yang dibuat dalam projek MSC daripada pelbagai syarikat asing memberikan 1001 manfaat kepada rakyat Malaysia terutama sekali kepada golongan pelajar. Hal ini kerana, selain melabur dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi, syarikat tersebut juga tidak pernah alpa dalam pembangunan modal insan. Hal ini, dapat dilihat melalui penyediaan biasiswa kepada golongan pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi (IPT) tempatan mahupun luar negara. Hal sedemikian dapat membuka ruang kepada pelajar untuk membina kerjaya dalam syarikat-syarikat tersebut. Antara syarikat berstatus MSC yang menawarkan geran biasiswa kepada mahasiswa dan mahasiswi ialah Petronas, Intel Corporations, Tenaga Nasional Berhad (TNB) , Telekom Malaysia (TM) dan lain-lain lagi.

Malahan, melalui biasiswa yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu, para pelajar sekaligus akan mendapat pendedahan awal sebelum memasuki pekerjaan yang sebenar. Perkara ini dapat diperjelaskan lagi iaitu pelajar IPT akan menjalani latihan industri ataupun praktikum dibawah pengawasan serta kawal selia syarikat terbabit. Disamping itu, ia juga dapat meningkatkan tahap “ soft skill ” dalam menggalakkan pelajar untuk menceburkan diri di dalam projek serta program yang dilaksanakan.



Tanggal 13 Disember 2005, wujudnya satu portal rasmi Kerajaan Malaysia iaitu e-Kerajaan (http://www.gov.my/) yang telah dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). Terdapat pelbagai kelebihan daripada hasil penciptaan portal tersebut, misalnya syarikat kerajaan (GLC) dan syarikat swasta berpeluang mengiklankan pelbagai peluang pekerjaan melalui portal tersebut. Secara tidak langsung, hal ini menyediakan satu akses kepada kemudahan rakyat terutamanya kepada golongan pelajar lepasan universiti dalam mencari pekerjaan. Melalui portal tersebut juga permohonan pekerjaan boleh dilakukan secara atas talian atau “online”. Antara rangkaian atas talian atau “online” yang menyediakan kemudahan akses mencari pekerjaan ialah melalui laman web. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (JPA) (http://www.spa.gov.my/) ataupun melalui laman web Bursa Buruh Elektronik (http://www.elx.gov.my/)

Selain itu dengan wujudnya portal –portal seperti ini, rakyat dapat mengakses pelbagai perkara berkaitan dengan tender-tender daripada organisasi kerajaan, berita-berita muktahir, membuat aduan kepada agensi kerajaan dan lain-lain. Justeru itu, ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mewujudkan sebuah kerajaan berteraskan elektronik yang boleh menjana cara penyampaian oleh kerajaan dan seterusnya mengurangkan kerenah birokrasi.


Kewujudan MSC juga membuka peluang dalam bidang pendidikan seterusnya kepada peluang pekerjaan. Penubuhan Universiti Multimedia Malaysia (MMU) di Cyberjaya boleh dianggap sebagai pemangkin kearah melahirkan graduan unversiti yang mempunyai prospek kepada pekerjaan. Hal ini kerana bidang-bidang yang ditawarkan adalah berkaitan dengan multimedia dan teknologi seperti bidang kejuruteraan, IT, pengurusan dan kreatif. Bidang-bidang yang ditawarkan oleh MMU ini memenuhi kehendak serta kriteria dalam bidang pekerjaan terutama sekali pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang bertapak di dalam MSC.

Selain itu, MMU juga banyak mengadakan hubungan kerjasama dengan syarikat-syarikat berstatus MSC seperti Telenor Research and Innovation Center Asia Pasific untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ICT. Syarikat-syarikat tersebut telah melihat MMU sebagai sebuah universiti yang dapat menggabungkan antara pendidikan dan pekerjaan. Melalui kerjasama ini secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar-pelajar tempatan untuk berkecimpung di dalam bidang penyelidikan bagi membantu membangunkan industri ICT di Malaysia dan seterusnya memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menceburi bidang ICT di peringkat antarabangsa.

Dengan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan kepada rakyat Malysia dan sekaligus mengurangkan kadar penggangguran di kalangan graduan universiti, kerajaan juga telah mengambil inisiatif dengan membangunkan beberapa lagi kawasan berstatus MSC seperti di Kulim, Kedah, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Meru, Perak. Kawasan-kawasan ini telah dilengkapi dengan kemudahan dan infrastuktur serta pelbagai inisiatif diberikan kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di kawasan tersebut. Kemasukan syarikat-syarikat ini seterusnya membuka peluang kepada rakyat-rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Kesimpulannya, kewujudan kawasan MSC dan kemasukan syarikat yang diberikan status MSC ini menyediakan peluang kepada rakyat tempatan disemua peringkat dan bidang. Oleh itu, kerajaan seharusnya perlu mempromosikan MSC Malaysia ke peringkat antarabangsa bagi menarik minat lebih banyak lagi syarikat-syarikat lain untuk turut serta melabur di dalam MSC Malaysia.

Lonjakkan MSC menumpukan kepada pengekalan dan daya saing yang berfokus kepada penginovasian. Tujuan aplikasi perdana untuk MSC iaitu kerajaan elektronik (e-kerajaan), kod pelbagai guna (teknolgi kod bisteri), e-Dagang, pembangunan tekno-usahawan, tele-perubatan, sekolah besteri diperingkat pelaksanaan. Strategi ini diperluaskan untuk mempercepatkan pertumbuhan bagi industri ICT yang pesat serta penggunaan produk dan perkhidmatan ICT tempatan yang berinovatif. Kehadiran produk MSC ini telah mensasarkan 250 buah syarikat yang meliputi syarikat tempatan dan multinasional, aplikasi perdana dipertingkatkan bertujuan untuk memperkukuhkan daya saing negara dalam mewujudkan industri ICT yang berdaya saing tinggi dan dapat bersaing diperingkat serantau mahupun antarabangsa.

Projek MSC yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk melahirkan masyarakat bestari antarabangsa bagi menikmati faedah sosial dan ekonomi yang menjangkakan hampir 245,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi akan diwujudkan. Lonjakkan MSC diperluaskan ke seluruh dunia dan menjadikan Malaysia sebuah masyarakat berpengetahuan di mana bilangan masyarakat berstatus MSC dipertingkatkan kepada 500 buah. MSC juga turut dihubungkan dengan 12 bandaraya dalam rangkaian maklumat antarabangsa untuk mempertingkatkan faedah sosial dan ekonomi serta persekitaran yang menggalakkan aktiviti serta inovasi untuk menuju ke sempadan teknologi yang baru.

Sejak dasar Sains dan Teknologi negara utama dan dasar pembangunan Teknologi Perindustrian digubal, pembangunan P&P telah diintegrasikan dalam pelan pembangunan negara yang menyeluruh. Namun untuk mengukuhkan lagi teknologi, kerajaan telah melancarkan Dasar Sains dan Teknologi Negara kedua (DSNT2) untuk merangsang teknologi dan menggalakkan ekonomi yang didorong oleh inovasi.

Khamis, 15 Januari 2009

Revolusi Teknologi Tunggak Pekerjaan




Bidang teknologi mempunyai satu konsep yang meluas dan juga mempunyai lebih daripada satu takrifan. Istilah teknologi selalunya berhubung rapat dengan sesuatu rekaan dan gadjet yang mana ianya menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun begitu, sejauh mana generasi alaf ke 21 pada masa kini memahami tentang erti sebenar penguasaan ilmu teknologi tersebut.

APAKAH TEKNOLOGI
Menurut sumber daripada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke 4 teknologi ditakrifkan sebagai satu aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam bidang industri, pertanian , perubatan, perniagaan dan seumpamanya.

Sementalahan itu, teknologi menyatakan istilah bahawa maklumat teknologi yang berkaitan dengan penyimpanan, pemprosesan dan juga penyebaran maklumat secara elektronik iaitu melalui penggunaan teknologi komputer dan juga telekomunikasi .

Perkembangan dunia komunikasi sangat berkait rapat dengan perkembangan teknologi dengan perkembangan teknologi. Perkembangan teknologi berlaku bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan dan sudah menjadi seperti ombak yang tidak dapat dikawal. Dengan adanya teknologi, proses untuk berkomunikasi menjadi lebih mudah, mobiliti imformafi menjadi sangat tinggi dan cepat.


Malahan, segala informasi di seluruh dunia dapat diketahui dengan pantas dan mudah. Peranan teknologi maklumat dan komunikasi turut menjadi tunjang bagi kejayaan pembangunan dalam pelbagai bidang. Sehingga kini, perkembangan budaya, ilmu pengetahuan, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya menjadi semakin pesat disebabkan kehadiran teknologi komunikasi.

Tanggal Malaysia melangkah masuk ke abad ke-21 ianya membawa satu pengertian yang bermakna dalam mencorak kemajuan dan pemodenan negara. Sehubungan dengan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keperihatinan dalam bidang teknologi yang boleh merentas era globalisasi, multimedia super koridor seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat.

Takrifan yang pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan mesin bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Perkembangan teknologi komunikasi bermula dengan penemuan alat cetak pada tahun 1041. Walaupun Johann Gutenberg adalah berasal dari Jerman dan beliau dikenali sebagai orang yang membuat proses percetakan menjadi lebih cepat dan menjimatkan pada tahun 1436. Namun pemikiran beliau adalah berdasarkan penemuan awal alat cetak di China pada tahun 1041 tersebut.


Di era globalisasi kini, masyarakat boleh dikatakan amat bergantung kepada teknologi di dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang pekerjaan. Situasi seperti ini, menjadikan kemajuan teknologi sering kali diukur dengan melihat pelbagai penciptaan produk teknologi yang semakin meningkat saban tahun terutamanya dalam memudahkan dan mempercepatkan sesuatu proses kerja.

Secara keseluruhannya, penggunaan teknologi dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi tidak mempunyai struktur perhubungan yang sistematik. Kemunculan pelbagai jenis mesin menunjukkan perkembangan yang berperingkat dalam tempot waktu yang lama.

Malah, sesetengah pendapat menyatakan bahawa dengan peningkatan penggunaan teknologi dalam bidang pekerjaan telah mengakibatkan sesetangah pekerjaan menjadi tidak penting dan mewujudkan pekerjaan baru yang semakin maningkat. Sebagai contohnya, kebanyakkan kilang mengurangkan bilangan pekerjanya bukan hanya disebabkan oleh faktor ekonomi malahan turut berpunca daripada penggunaan mesin dan robot dalam proses menghasilkan produk. Selain itu, kakitangan institusi kewangan seperti bank juga kini sudah mengurangkan penggunaan tenaga kerja tetapi lebih menumpukan kepada penggunaan mesin seperti ATM, deposit tunai dan sebagainya.