CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 27 Februari 2009

E-commerce membuka peluang pekerjaan

Sesebuah negara memerlukan individu-individu yang berkeupayaan untuk menukarkan pelbagai sumber kepada peluang ekonomi yang akan menguntungkan. Di Malaysia, kini ramai orang yang menceburi bidang perniagaan ini melalui anjuran-anjuran yang telah disediakan. Penggunaan laman web merupakan salah satu kelebihan e-commerce.Apakah e-commerce? Adakah benar e-commerce membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat? Sesuaikah dengan era masa kini? Dengan adanya teknologi seiring dengan era globalisasi, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mencapai era masyarakat bermaklumat. E-commerce merupakan satu aktiviti jual, beli, penghantaran, dan juga penerimaan sebarang produk, servis mahupun informasi melalui jaringan internet. E-commerce juga adalah jenis perniagaan yang semakin disebut-sebut kerana ianya bakal menggantikan perniagaan yang realiti kerana seperti mana yang kita ketahui e-commerce adalah perniagaan yang dijalankan secara maya (atas talian). Sesuai dengan masa sekarang, masyarakat tidak perlu keluar membeli belah kerana dengan adanya teknologi komputer dan internet ianya sudah memadai untuk melakukan urusan jual beli. Perniagaan ini wujud dengan pesatnya, banyak website yang telah dibangunkan seiring dengan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010). Berdasarkan statistik yang di jalankan penjualan barang dan perkhidmatan melalui e-commerce berkembang dengan pesatnya pada kadar tahunan purata sebanyak 81.8 peratus daripada RM11.1 bilion pada tahun 2003 kepada RM36.7 bilion pada tahun 2005. Pekembangan ini disebabkan peningkatan transaksi dalam perniagaan ke perniagaan (B2B) dan keyakinan terhadap peniagaan e-commerce serta lebih banyak syarikat menawarkan perkhidmatan mereka melalui atas talian. Menurut maklumat yang penulis perolehi, statistik terkini menunjukkan potensi yang amat besar untuk perniagaan internet di mana pengguna internet di dunia pada Disember 2007 melebihi 1.2 billion. Di Malaysia sahaja, jumlah pengguna Internet mencecah 15 juta orang dengan kadar pertambahan mencapai 300%. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
Selain itu,Internet World Stats mencatatkan 459.5 juta pengguna Internet di seluruh Asia. Jumlah ini adalah lebih tinggi dari pengguna Internet di Eropah (337.9 juta) dan Amerika Syarikat (210.6 juta). Berdasarkan statistik yang diperoleh jelas menunjukkan bahawa perniagaan ini semakinj berkembang di dunia dengan adanya teknologi internet. Pekembangan ini juga akan mengubah cara pembelian daripada secara tradisional (realiti) kearah lebih canggih ( secara maya). Kebanjiran laman-laman web telah memberi peluang pekerjaan kepada umum. Laman web ini juga turut memudahkan lagi organisasi-organisasi besar, sederhana atau kecil yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada orang awam. Di samping itu, portal jawatan kosong juga turut menyediakan maklumat pekerjaan secara automatik. Dengan adanya laman web ini, masyarakat dapat membuat permohonan mengikut kelayakan mereka. Syarikat perniagaan di Malaysia kini mempunyai pelbagai saluran baru untuk mengadakan perangkaian dengan membuat pelancaran gerbang perniagaan. Gerbang ini juga bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat-syarikat tempatan, malahan ia dapat membantu pelabur-pelabur asing untuk menjalankan perniagaan di Malaysia serta menyediakan platform bagi mengurangkan jumlah penganggur di Malaysia. Dengan adanya pelabur-pelabur ini, ia dapat memperbanyakkan lagi syarikat-syarikat multinasional di Malaysia.

Selain itu, Business.com.my merupakan salah satu gerbang perniagaan yang telah mengen­dalikan satu daripada pasaran elektronik yang terbesar di dunia bagi perdagangan domestik dan juga antarabangsa. Gerbang ini telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat yang ingin mencari pekerjaan di dalam sektor-sektor tertentu. Pada pendapat penulis, peluang pekerjaan ini lebih menguntungkan kepada sesiapa yang lebih berkebolehan dalam dunia IT kerana kebanyak jawatan kosong yang diiklankan adalah khusus untuk pakar IT. Hypermarket Maya Malaysia (RightShoppe) adalah salah sebuah syarikat yang mencari memerlukan beberapa pekerja di bahagian IT yang mempunyai kebolehan dalam web programming dan database administration untuk membantu membangunkan sistem e-commerce syarikat front end dan back end.


0 ulasan: