CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 13 Februari 2009

TEKNOLOGI PEKERJAAN DAN REMAJA



Pada abad millenium ini, rata-rata remaja sudah mampu menikmati berbagai-bagai teknologi terkini yang semakin berkembang seiring dengan peredaran zaman yang mana kadangkala mampu melahirkan gaya hidup yang hampir sempurna, apa jua yang mahu dimiliki mampu didapati dengan mudah dengan perkembangnya teknologi yang ada pada hari ini seperti internet. Remaja hari ini seringkali menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat baru dan juga untuk berhibur, akan tetapi sejauh manakah golongan remaja ini menggunakan kemudahan teknologi dalam pekerjaan mereka.

Menurut sarjana-sarjana barat, teknologi mampu memudahkan kehidupan masyarakat. Sebagai remaja yang bermaklumat sejauh manakah penglibatan remaja dalam menggunakan teknologi dalam pekerjaan mereka? Menurut sebuah penelitian terhadap 500 orang remaja dan 1030 orang dewasa yang dilakukan oleh Massachusetts Institute of Technology (MIT) bekerjasama dengan Lemelson, dapat menyimpulakan bahawa “Para remajalah yang akan melakukan semua inovasi teknologi itu”. Namun, ia juga meragukan apakah remaja-remaja saat ini sudah benar-benar menyedari akan pentingnya makna inovasi, kerana menurut penelitian tersebut dapat disimpulkan bahawa para remaja pada hari ini kurang berminat terhadap pekerjaan yang lebih ke arah pengajaran. Remaja pada hari ini lebih cenderung memilih bidang pekerjaan yang lebih ke arah praktikal seperti automobil, IT, dan sebagainya. Pemilihan bidang pekerjaan ini mungkin disebabkan oleh remaja sekarang lebih sukakan sesuatu yang lebih mencabar dan kreatif.

Iklim dan persekitaran masa kini lebih banyak mempengaruhi dalam membentuk pertumbuhan para remaja. Kesan dari pelbagai perubahan dan juga inovasi teknologi sekali gus merombak pertumbuhan generasi pemakainya iaitu golongan generasi baruiaitu para remaja. Remaja sekarang tidak boleh dibandingkan dengan remaja pada masa dahulu kerana terlalu banyak jurang perbezaannya. Generasi baru lebih banyak terdedah kepada perubahan-perubahan teknologi yang semakin canggih berbanding dengan remaja masa dahulu yang tidak tahu langsung apa itu teknologi apatah lagi untuk menggunakan teknologi tersebut, justeru teknologi sedikit sebanyak telah merubah daya pemikiran, stail kehidupan, cara bergaul dan sebagainya yang boleh diibaratkan arus dan samudera yang melanda merubah pesisiran pantai. Banyak perkara dilihat sudah menjadi punca kepada corak dan perubahan sosialisme mereka. Peredaran inovasi teknologi yang semakin maju jika tidak ditangani mampu menghancurkan kehidapan remaja dimana terknologi merupakan satu tarikan yang begitu kuat terhadap perubahan sikap generasi remaja.

Peredaran teknologi telah memberi perubahan terhadap cara masyarakat untuk mendapatkan pekerjaan terutamanya remaja lepasan dari institusi pengajian tinggi yang baru hendak mencari pengalaman dalam suasana pekerjaan. Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pekerjaan seperti melalui surat khabar, tetapi zaman yang serba canggih ini, perkerjaan boleh didapati melalui web site yang menawarkan pekerjaan seperti JobStreet terbuka kepada orang ramai, portal ini hanya membenarkan syarikat yang mempunyai kredibiliti yang baik untuk mengiklankan pekerjaan mereka bagi mengelakkan penipuan, lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki dan tidak perlu bersusah payah untuk mencari kerja di luar hanya menggunakan hujung jari sahaja, disamping itu tidak tertumpu kepada golongan remaja sahaja. Remaja berpeluang mencari kerja sambilan mengikut kemampuan mereka serta kemahiran yang dimiliki asalkan remaja kita mempunyai kemahuan untuk mencari pekerjaan. Namun apa yang dapat dilihat masa kini, kebanyakkan remaja tidak menggunakan teknologi ini dengan bijak dengan membazirkan masa lapang mereka dengan aktiviti yang kurang berfaedah seperti melepak, bermain komputer games dan sebagainya di mana masa tersebut sepatutnya diluangkan dengan bagi mengasah kemahiran untuk persediaan ke alam pekerjaan nanti.

Namun terdapat juga segelintir remaja yang berminat mencari kerja sambilan tetapi mereka tidak tahu di mana untuk melakukan carian, malu untuk keluar bertanya serta risau sekiranya mereka ditipu oleh agensi pekerjaan. Sepatutnya remaja yang berinovasi terhadap teknologi sanggup menghadapi cabaran dan sanggup mencuba sesuatu yang baru dan tidak gentar untuk mencuba dalam mencari pekerjaan. Selain daripada itu, seperti yang kita sedia maklum kini Malaysia dilanda oleh masalah jurang antara kaum yang kian meruncing. Mungkin ini disebabkan oleh adanya sikap berpuak-puak antara pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi yang lebih gemar berada dalam kepompong kaum sendiri berbanding memperluaskan jaringan perhubungan mereka dengan kaum yang lain. Pemilihan pekerja perlu berdasarkan kepelbagaian kaum supaya mereka dapat bergaul dan berinteraksi antara satu sama lain seperti mengadakan seminar, kursus dan sebagainya. Di samping itu, penganjur acara yang berminat mendapatkan kakitangan sementara ketika menganjurkan seminar, forum, pertandingan dan sebagainya di mana ini memberi peluang remaja untuk terlibat secara langsung dalam penganjuran sesuatu acara dan memberi pengalaman berharga kepada mereka. Bagi pihak majikan pula, kelebihan yang bakal mereka nikmati adalah mendapatkan tenaga kerja tempatan yang berkualiti pada kos yang rendah di samping mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.


Kesimpulannya ialah remaja yang semakin memahami menggunakan teknologi perlu lebih berfikiran yang lebih positif terhadap faedah teknologi terutamayan dalam mencari pekerjaan yang mana dengan adanya teknologi remja lebih mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan dan tidak perlu bersusah payah untuk keluar unruk mencari kerja. Teknologi yang diberikan adalah untuk memberi kemudahan untuk kita mengaksese maklumat yang yang kita mahukan bukannya untuk berhibur dan membuang masa di hadapan komputer dengan mengakses perkara-perkara yang tidak menjana minda

0 ulasan: