CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 4 Februari 2009

Kesan Kepada Masyarakat

Teori komunikasi bermula dengan penggabungan di antara kepantasan sosial dan perubahan ekonomi. Semasa revolusi industri di Eropah. Perubahan tersebut memberi kesan kepada pertumbuhan kepentingan peranan komunikasi kapitalis dan empayar dan juga kelebihan di dalam sains untuk memahami dunia sebenar. Konsep komunikasi digunakan oleh ahli falsafah Claude Hanride Saint Simon(1760-1825) di dalam (Thussu; 2000; International Communication).

Teknologi boleh memberikan banyak kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat serta berinformasi. Melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat diselesaikan dengan cepat dan pantas. Malah teknologi komunikasi akan merapatkan jurang antara negara, kita boleh mengakses ke serata tempat untuk mendapatkan maklumat.

Pelbagai teori telah diwujudkan untuk membuktikan bahawa teknologi memberi kebaikan kepada kehidupan yang kian mencabar dan canggih ini. Menurut teori “Global Village” yang dibangunkan oleh Marshall McLuhan pada awal 1960-an, teknologi memberi banyak kelebihan kepada masyarakat dunia. “Global village” ini megandaikan bahawa satu dunia dapat diseimbangkan di mana satu dunia bersama-sama menyelesaikan masalah global dengan penggunan teknologi komunikasi. Beliau mengandaikan bahawa tiada pendominasian dalam bidang politik, ekonomi dan juga sosio-budaya.
http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village
Dengan kewujudan teknologi ia mampu membuka peluang kepada masyarakat dunia untuk menikmati hidup yang lebih selesa, aman dan mudah. Contohnya pada zaman sekarang dapat dilihat perkembangan teknologi komunikasi sendiri telah membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat di seluruh dunia. Terdapat syarikat-syarikat besar seperti multinational corporation telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Teknologi bukan sahaja memudahkan hidup, kerja dan menjadikan sesebuah masyarakat itu sebagai satu masyarakat yang bermaklumat.

Kesan teknologi kepada kita sebagai masyarakat yang sering kali dikaitkan dengan maklumat adalah tentang pengetahuan, ekonomi, politik dan juga dari segi sosoi-budaya. Dari McLuhan teknologi memebawa kepada kebaikan ekonomi. Contohnya wujud pasaran bebas dan tiada pendominasian oleh mana-mana pihak. Walaupun kita sedari ada pihak yang mendominasi teknologi iaitu negara-negara maju yang cuba mendominasi teknologi dengan mewujudkan pasaran oligopolistik. Walaupun begitu halnya, sedikit sebanyak ia membantu negara lain untuk memberika peluang pekerjaan walaupun ia di anggap mengeksploitasi sumber-sumber yang ada di negara berkenaan. Seperti sumber manusia, Gunder Frank 1969 pembangunan yang dijanjikan tidak berlaku, menurut Frank syarikat besar seperti Transnational Corporation (TNC) mendapat sokongan daripada kerajaan mereka. Melalui sokongan ini mereka mengusai negara lain, bahan mentah, penggunaan tenaga dan pengeluaran. Negara maju telah mengusai ataupun telah mengeksploitasikan negara mundur. Keadaan ini mengukuhkan lagi negara mundur semakin mundur akibat daripada pergantungan kepada negara maju. Keadaan ini di sebut sebagai “Development of Underdevelopment”. (Thussu; 2000; Approaches to theorizing international communication.

Walaupun demikian kita juga masih mendapat faedah dari aktiviti tersebut iaitu rakyat kita mendapat pekerjaan. Contohnya seperti Syarikat Dell, Intel, Kentucky Fried Chiken, Mc Donald’s, Pizza Hut dan sebagainya. Syarikat-syarikat Multinational ini juga menjadi pemangkin dalam membantu menggerakan ekonomi negara ini. Malah kerajaan sendiri menggalakkan mereka supaya melabur di Malaysia.

Menurut Teori Global Village yang dibangunkan oleh McLuhan, teknologi juga turut mempengaruhi politik. Demokrasi semakin diperluaskan dan ruang hak bersuara semakin diperbesarkan.
Ini kerana terdapat pelbagai saluran pengedaran dan peyampaian yang membolehkan setiap individu menyuarakan pendapat dan hak mereka. Era tahun 2003 membawa kita masyarakat dunia kepada hak kebebasan bersuara melalui blog. Semua individu berhak menyatakan hak mereka dan mereka boleh berkongsi dengan masyarakat dunia. Dunia tidak lagi dibatasi melainkan hanya jurang digital yang memisahkan sesetengah tempat untuk mengakses internet.
Melalui perkembangan teknologi kehidupan manusia menjadi lebih mudah. Menurut McLuhan, teknologi membawa kepada perubahan sosio-budaya.
Terdapat kelapangan masa iaitu melalui teknologi kerja-kerja manusia dapat di mudahkan dan di percepatkan sehingga membolehkan kita mempunyai masa lapang untuk melakukan aktiviti lain seperti menikmati hasil budaya. Dengan teknologi juga manusia bebas menggunakan dan memiliki maklumat tanpa ada sekatan. Kita boleh mengakses bila-bila masa untuk mendapatkan maklumat tanpa mengira waktu.

Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahupun sosial. Kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehinggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.
http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni. Contohnya, internet yang merupakan gedung ilmu, tetapi kadangkala muda mudi kita menyalahgunakan kelebihannya dengan melayari laman- laman web yang berunsur lucah dan tidak berakhlak. Ini akan mempengaruhi fikiran golongan tersebut. http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896

Muda mudi yang akalnya rosak dengan unsur-unsur lucah ini akan mendatangkan masalah kepada negara malah mengancam keselamatan awam yang lain. Remaja ini tidak akan mampu menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat kepada negara. Contohnya sumber tenaga mahir kepada kerajaan. Ini akan merugikan negara untuk tempoh masa yang panjang. Kita tidak mampu melahirkan insan yang yang berilmu dan berguna kepada negara, agama, masyarakat, dan keluarga. Bagaimana modal insan yang sering diungkapkan oleh Perdana Menteri kita Dato, Abdullah haji Ahmad Badawi akan dicapai?

Kemajuan teknologi maklumat juga mendatangkan kesan buruk apabila kini berlaku pula pencerobohan maklumat yang disebut sebagai "penggodam" di mana maklumat sulit sesebuah negara boleh diceroboh dengan mudah. Melalui teknologi terkini juga, pengubahsuaian ke atas sesuatu gambar boleh dibuat. Kadangkala ia memberi kesan buruk kerana boleh menyebabkan fitnah. http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.
Arus teknologi yang begitu canggih menyukarkan kita untuk mengawalnya. Aktiviti penggodam ini akan meyukarkan kerja-kerja kerajaan untuk melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan kita individu. Kita merasakan maklumat peribadi kita seperti akaun simpanan dan rahsia lain mudah terbongkar.

Menurut Norkumala bt. Awang, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Aktiviti ini membolehkan kita menerokai pertanian dengan lebih mendalam dan menjadikanya sebagi sumber pendapatan individu dan negara sekiranya kita mampu mengeksport hasil pertanian tersebut.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai kemanusiaan dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak disalahgunakan dan tidak mendatangkan keburukan kepada masyarakat lain kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.


Bibliografi:-
Buku:-
Daya Kishan Thussu; 2000; International Communication; Approaches to theorizing international communication; pg 53.
Web:-
http://en.wikipedia.org/wiki/Marshall_McLuhan#The_global_village

http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=896.

0 ulasan: